Thursday, August 5, 2010

how to make 'bubur kacang+durian'


Firstly, sediakan bahan-bahan:

1. 1 gelas santan
2. 2 cawan kacang hijau
3. 1 sudu teh garam (secukup rasa)
4. gula melaka (secukup rasa)
5. gula pasir (secukup rasa)
6. secawan air (sukat la bagi tak pekat sgt santan)
7. daun pandan (terlupa letak)

Cara-cara :
1. Kacang hijau direndam semalaman.
2. Kemudian, kacang tersebut direbus sehingga empuk.
3. Santan diletakkan dalam periuk bersama kacang tadi.
4. Masukkan gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk.
5. Masukkan air supaya tak pekat sangat.
6. Masukkan garam dan gula pasir.

7. Masukkan durian.

8. Kacau sehingga mendidih.
9. Rasa. Jika kurang manis,tambah lagi gula pasir.
10. Siap, bersedia untuk dihidangkan.

Maafla..peralatan dapur kami tidak berapa sesuai.
almaklumlah, kami tinggal di rumah sewa.ala kadar sahaja..hehhe..
Harap ia tidak mencacatkan.
Semoga tutorial ini dapat membantu..
SELAMAT MENCUBA =)

2 comments:

  1. jd la
    sodap..lebih sedap kalau taruk dalam peti..
    woohh...menjjilat jari..

    ReplyDelete