Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Countdown for Tahun 1436H

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Sebelum melangkah ke tahun baru, jom audit diri dan perbaiki diri ke arah lebih baik. Post kali ini nedi nk share doa sebagai peringatan untuk kita semua ;)  Jom kita baca doa utk Akhir Tahun dan doa Awal Tahun!! Doa Akhir Tahun - dibaca 3x di akhir waktu Asar atau sebelum waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Fadhilatnya : Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" . Doa Awal Tahun - dibaca  3x selepas  waktu Maghrib  pada malam 1 Muharram di hari yg sama. Fadhilatnya :  Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”. Selamat beramal ;) Semoga Allah memberi hida

Craving for Western Food??

# HR Steak House Kali ini, kami memburu makanan Western. Alang-alang berada di kota Metropolitan Kuala Lumpur, dan tanpa perlu bersesak jem pulang ke Shah Alam..kami mengambil peluang ini utk dinner ;) HR Steak House terletak di Kampung Baru,Kuala Lumpur. Banyak pilihan kedai makan di sini... selera kampung ada, selera ala siam ada...barat pon ada. Akhirnya, kami ke HR Steak House. Western food di sini sedap, banyak pilihan dan harganya boleh dikategorikan murah. Ribs Combo. Hanya RM15 ;) Air juice cuma RM2.50. Kami order air tembikai dan honeydew. Sedap! Mushroom soup semangkuk RM4. Dua- dua order menu yg sama. Sebab chicken chop dh biasa mkn. Kalau nk lagi advance boleh pilih Combo Mussel kalau xsilap. Sepinggan tu ada ayam,daging lembu,kambing dan mussel (sejenis kupang). xpasti ejaan betul ke x..hheheh.. Habis mengisi perut, kami jalan-jalan di Kampung Baru.... ;)

Memburu Maggi Ketam Nipah

#Alemy Maggi Ketam Cherang Ruku Pastuh, agenda kami seterusnya adalah memburu Alemy Maggi Ketam Nipah  hok sohor gila tuh.. Puas hati buleh rasa ketam nipah ni.. Semangkuk maggi dalam RM22.00, ada 2 ekor ketam nipah yg dipotong dua, ada udang...ada telur... berbaloi-baloi la dgn harga dia ;) Nah, gambar utk tatapan anda!!  Habis makan sorang hampir 2 jam berperang dengan kelengkapan spanar. Pinar mata-mata nk perabes.  Kami... menunggu maggi siap hampir 30minit. Kami antara customer terawal datang, so kalau perut dtg tgh lapar, mohon kesabaran agak tinggi. huhu.... Pose  xbleh belah! Hepi dapat makan ;) Kedai Alemy Maggi Ketam Cherang Ruku dibuka pada pukul 5.00 petang - 2.00 pagi. Kalau nak info lagi detail, boleh lah melawat blog diorang ;) Alemy Maggi Ketam