Friday, November 7, 2014

Erti Kekayaan

Salam Jumaat Kareem



Sebelum memulakan bicara, Jom selawat banyak-banyak ke atas junjungan Rasulullah S.A.W ;)

Alhamdulillah, pagi tadi seperti biasa rutin sebelum bangun buat kerja rumah sempat belek handphone, berbalas whatsapp dan komen facebook.  Pastu diketemukan dengan ceramah Ustaz Asri perihal Rezeki.. 

Ya Razzak, Ya Wahhab

Allah Yang Maha Pemberi Rezeki 

Bila tengok ceramah ni, membuka dimensi pemikiran kita. Semua orang nk kaya. Tapi adakah kekayaan itu membuatkan kita semakin bersyukur atau kufur? Adakah kekayaan itu membawa kebahagiaan hakiki?

Nawaitu kita yg penting! Selain kita kne selalu menjaga hubungan kita dgn Allah, kita juga perlu menjaga hubungan kita dgn manusia. Ma ayah, adik-beradik, sedara mara, bff dan kawan serta masyarakat sekeliling. Peringatan untuk saya sendiri!!

Apa yg kita mampu buat, kita teruskan. InsyaAllah, nanti Allah membuka jalan untuk kita.
Banyak kisah-kisah dr zaman Nabi lagi pasal kaya. Isteri Nabi Muhammad S.A.W, Siti Khadijah juga merupakan hartawan dan juga dermawan.

Menjadi kaya itu tidak salah dalam Islam. Ramai sahabat Nabi kaya. Itu juga sumber dan faktor menolong untuk mengembangkan Islam. 

Apa yang penting, kita mesti selalu beringat dan bersyukur dengan apa yg kita ada. Seperti Dr Asri bagitahu, selalu beristighfar dan selalu ucapkan Lahaulawalakuwwataillah Billah.. 

Tidak semestinya tinggal di rumah besar yg ada lif itu BAHAGIA, 
Tidak semestinya ada Lamborghini itu BAHAGIA,
Tidak semestinya ada duit berbiliion-billion itu BAHAGIA,
Tidak semestinya jadi anak Menteri itu BAHAGIA,

Kebahagiaan apa yg kita cari???

Tanyakan pada diri masing-masing. Bermuhasabah lah ;)

"Berfikir seminit lebih baik dari beribadah 1000 tahun". 

Alhamdulillah, nikmat sihat, nikmat kelapangan masa, dan pelbagai nikmat yg tak terhitung...
sentiasa ditemani orang yg tercinta 
dengan diiringi doa oleh orang tua... kita akan "kaya". InsyaAllah ;)





Peringatan daripada Rasulullah kepada umat akhir zaman. Tak dok peluang lagi nak pg dengar tausiyyah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, kot utube pon ok la. 
Rasa xkelip tengok muka dia.. bersih je.. ;) 



Akhir sekali, jom layan!Saya suka dengan perubahan Fynn Jamal. Hidayah itu milik Allah ;)




No comments:

Post a Comment