Sunday, November 23, 2014

M.A.G.I.C event ( Wordpress for Non-Technie)


Tarikh: 22/11/2014
Hari: Sabtu
Lokasi: MAGIC, Cyberjaya

Alhamdulilah, selesai sudah majlis kelmarin yang dihadiri hampir 50 orang. En. Cyberfly dijemput sebagai speaker kerana expertise nye dlm Wordpress. Hadirin yg hadir adalah dr backgroud yg berlainan. Ada businessman, ada pegawai dr gomen, ada pekerja swasta..

Program ini, diadakan oleh Magic sendiri. Peserta yg hadir hanya perlu register dengan yuran RM15. Sangat2 berbaloi sebab encik husben sdr dulu belajar sendiri berhabis ribu ringgit. 

Preparation slide makan masa 2 hari. Tiada bayaran sebagai speaker. Atas dasar mahu berkongsi ilmu dengan masyarakat dan supaya event ilmu macam ni dapat kami promosi syarikat kami..

Integra Solid Solution !!! Yeah..... !!!
Jomlah berkenalan dengan kami dengan lawati website kami ;)

Setelah presentation tamat, rata-rata berpuas hati dgn penyampaian ilmu yg disampaikan. Bermula dari installation sampai kan setup plugins semua. Slides pon akan diemailkan kpd mereka oleh pihak Magic. Di situ kami ada letak contact kami  ;)

Tragisnye, bisnes kad belom buat lagi. Ayoyo..terpaksalah, bgtahu mereka "kami tertinggal ;(".
Next time, pacakkan dlm kepala bawak business card dan bg pd orang yg berminat sahaja...

Sebagai penghargaan pihak Magic bagi powerbank dan tshirt. 



Ini sedutan video event semalam.







Sebelum presentation, En. Cyberfly selesema.. agak bimbang jugak.. tp
 Alhamdulillah, masa present xde lak ;)



Ni muka duk sengeh aje kat belakang jd pong-pong girl. Go! go Abang!!!



 Alhamdulilah, pembelajaran lancar sebab semua boleh follow.  









Ini seorang co-trainer. Fauzan juga merupakan programmer. Sekarang dia buat freelance.



Peminat mengerumuni beliau.theheh... nak 'sign' ;p







Majlis yang berangsung dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Seharian abg bercakap ye..kagum betol!! ;) 

Sampai rumah dekat pukul 9 malam sebab singgah di pasar malam cari mkn. Then, barulah dia mengeluh sakit kaki..lutut..sebab berdiri berjam-jam kat depan.
Tapi dia seronok dan puas! 

Ada sorang dr gomen nye kementerian. xpasti dari mana, berminat nk offer projek. Berharap die contact kami balik... huhu.. sbb xterlayan soalan orang tanya time tu. 
Tulah, lain kali bwk business card!!! 


InsyaAllah, rezeki kan dr Allah ;)








2 comments:

  1. Good luck nedi and boy.
    Best pulop baca blog nedi hehehe

    ReplyDelete
  2. thehehe... tq!! ;) xsangka plok ada reader..hahah.. boleh berkenalan?
    kadang-kadang suam-suam suku jugak mood menaip ni.
    niatnye, nk blog ni jd arkib tuk keturunan esok-esok..hahah ! ;p

    ReplyDelete