Skip to main content

Pari Tuka Bakar Ala Portugis

Econsave adalah tempat Favourite beli barang dapur ;)


Masa beli lauk kat Econsave semalam, Encik Cyberfly kepingin nak mkn ikan pari tuka. Lauk hak wajib beli tuk barang basah adalah ayam seekor. Ayam dkat Econsave dikira murah berbanding tempat lain. Harga ayam tuk semalam RM5.69 sekilo. Pernah beli dengan rekod harga RM4.60 sekilo. Untung badan dapat murah.. ;) Pastu, tembikai pon murah.. RM0.80 sekilo, pisang pon murah.. RM3.90 xsilap..selalu RM4.90. Ape lagik... Phew!!! Sebelum jadi suri rumah ni...ada aku kesah?? hahah... Sekarang RM0.10 pon kira taw!


Pisang is my favourite..and tembikai Encik Cyberfly nye favourite. To be fair and square, semua amik!


Theheh...


Skarang dh ada 2 wallet...Encik somi punya 1. Dah jd banker ye jugak... hbeg ni mcm poket Doreamon..semua nk taruk. Wallet saya bhgn coin, wallet si dia bhgn duit kertas. heheh.. lagi sodap woooo...main tarik-tarik ajerk! Tapi..tapi...Tapi... kne bgtahu laa... dokleh wat senyap gtu...Aip! ;p


Eh, lari tajuk pulak...


Ini lah rupa Pari Tuka Bakar Ala Portugis ;)




Bahan-bahan:

1 ekor pari tuka (kalau ikan lain... pastikan kelar ye!)
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
Sayur mcm kacang botol (dihiris halus) / kacang buncis pon ok ;)
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar :

4 sb cili kering kisar
2 biji buah keras 
6 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
4 batang serai 
4 hiris lengkuas 
2-3 biji cili api (Kalau nak pedas sket )
11/2 sk penuh garam (secukup rasa)
1 sb penuh gula ( kalau nk kurang manis pon takpe)

Cara cara:

Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.  Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan. 



Buah keras atau dlm bahasa omputih candlenut. Ini lah rupanya.. nedi pon baru kenal.hahha.. ;D


Buah keras


Hasil bahan yang dkisar termasuk buah keras untuk dibuat rempah. Penuh satu tupperware bulat ni.. Jadi boleh pakai 3-4 kali guna tuk rempah ikan bakar. So, xyah beli instant nye, buat sdr je! ;)





Sesi bakar pulak.... 

1. Hamparkan aluminium foil/daun pisang dalam pan yg sesuai. Lumurkan semua bhgn ikan tuka     dengan rempah. 
2. Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau purut yg telah dihiris.
3. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak.  Hidupkan api sederhana bagi pastikan ikan tuka masak dgn serata dan hindari dr hangit/ rentung di bhgn bwh. 
4. Agak- agak separa msk, baru taruk sayuran.
5. Apabila pari tuka msk, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.

Satu lagi, ikan tuka ni agak hanyir baunya... First, time siang nedi  basuh ngan perahan limau lipis. Pastu, mcm agak berbau lagi.. nedi lumur dan rendam dgn asam jawa dan sedikit air untuk seketika. 


Begitulah kekdahnye... 

Akhir sekali, perahkan limau nipis. Rasa masam sikit dan sedappp!!



Selamat mencuba!! ;)







Comments

  1. sebelum jadi bini orang, tahu makan je kan puan nedi. hahaha... nedi, buah keras tu boleh blender ke? keras orkk?

    ReplyDelete
  2. buah keras sejenis kacang thah... jd bila blend die hancur lah ;)
    zaman bujang dulu mane appreciate mknan. panda mkn je...xamik pot lasum nk watgane.
    pahtu, leni reti dhla klu nk mkn sdp, kne blajar wat sdr, jimat dan semestinya ditanggung halal dan selamat! ehhehe.. ;)

    ReplyDelete
  3. oh sejenis kacang. boleh r wat kudapan... hahaha

    ReplyDelete
  4. xrajin ag dgr org wat kudapan. thah try r lu... klu jadi sedap, wat biznes. jd pelopor.ahhaha.. ;D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

Assalamualaikum semua ;) Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).  Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.  Solat Subuh juga dap

Nak mahkota tak? Dunia pon dapat, akhirat pon dapat ❤️

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT..... Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." [Surah Al-Mu'minuun, ayat 17] 1.  MAHKOTA ZIKIR 100 kali sehari selepas solat subuh ‎لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير 2.  MAHKOTA TASBIH 3 kali pagi dan petang ‎سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته 3.  MAHKOTA DOA.... setiap selepas berdoa ‎ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 4.  MAHKOTA / PENGHULU ISTIGHFAR 3 kali pagi dan petang ‎اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت. 5.  MAHKOTA PERLINDUNGAN 3 kali pagi dan petang ‎بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم. 6.  MAHKOTA PELEPAS BENCANA 100 kali seha

Ya Allah.... Istajib Doa' ana....

Bait-bait kata yang meruntun hati... ;')