Sunday, January 25, 2015

Pembuka tirai 2015

Allah..Allah..Allah.....



First post untuk tahun 2015. Akhir-akhir ni, bz sket. Alhamdulillah, ada job ;) .Nampaknye, pembuka tirai untuk tahun ni cukup memberangsangkan ekonomi keluarga. Tapi masih terlalu awal untuk diperkatakan.  Alhamdulillah....

Almaklumlah jadi PA ni, bukanlah mudah yer... Segala persiapan kita kena lakukan baik dari aspek rumahtangga sampailah mengerah otak dan keringat untuk sesuap nasik. Kelmarin, baru sahaja berlangsungnya Facebook Marketing Training untuk Al-Kauthar. Pernah dengar tak?? Kalau tak familiar please tanya encik google, their website Telekung Al-Kauthar atau boleh terus LIKE page mereka ;)

   

Kami Integra Solid Solution bertanggungjawab untuk manage their social media dan Alhamdulillah sekarang LIKE yang terkumpul sebanyak 12k like pencinta telekung dalam masa tak sampai 2 bulan. 
Alhamdulillah!! Tahniah juga kepada seluruh family member Al-Kauthar terutamanya founder Al-Kauthar sendiri, Kak Liza kerana mempercayai kami walaupun kami tak sampai setahun jagung dalam bidang marketing. Sambutan Al-Kauthar begitu hebat dan cukup memberangsangkan. Untuk sales bulan January ini sahaja even tak sampai sebulan lagi dah RM80k.

SYABAS Al-Kauthar!!!  ;)

InsyaAllah, kami akan lakukan yang terbaik untuk meningkatkan sales Al-Kauthar. Tak sangka percaturan Allah sangat hebat buat kami, Integra Solid Solution berkesempatan mengenali insan-insan hebat dalam bisness seperti Kak Liza dan family Al-Kauthar.

Jika ingin berkenalan dengan kami, ringan-ringankanlah jari jemari anda ke website kami ye! ;)




Tak sah kalau tak share gambar kan? Ni dia beberapa gambar di hari kejadian ;)






            Ada berani amik model ni??? T_T



First round, PA ada jaga bahagian teknikal... 2nd round lesap pergi Majlis Akikah baby Nadine Auni. hehhe... Alhamdulillah, En husben boleh handle tanpa isteri tercinta.. mehmeh..T_T







Bersama insan hebat a.k.a founder Al-Kauthar, kak Liza yang merupakan seorang guru. 
Saya perhatikan, sepanjang majlis ilmu ini berlangsung, seluruh keluarga beliau hadir termasuk ayah kepada kak Liza yang begitu supportive. ;)



Bersama akak yang berasal dari Paka, Terengganu. Orang ganu jugop kite! ;p


Ini adalah sumbangan Al-Kauthar kepada saya! Kembang hidung-hidung dapat Telekung Premium cam gini.. Kalau nak kumpul duit, makan setahun kot baru boleh beli.. Rezeki sunggoh!! ;')


Bersama family member Al-Kauthar. Hebat-hebat background diorang...

Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat dihadam dengan jayanya oleh semua yang hadir. Kami begitu berbesar hati jika diberi peluang bertemu lagi ;)