Skip to main content

Pembuka tirai 2015

Allah..Allah..Allah.....



First post untuk tahun 2015. Akhir-akhir ni, bz sket. Alhamdulillah, ada job ;) .Nampaknye, pembuka tirai untuk tahun ni cukup memberangsangkan ekonomi keluarga. Tapi masih terlalu awal untuk diperkatakan.  Alhamdulillah....

Almaklumlah jadi PA ni, bukanlah mudah yer... Segala persiapan kita kena lakukan baik dari aspek rumahtangga sampailah mengerah otak dan keringat untuk sesuap nasik. Kelmarin, baru sahaja berlangsungnya Facebook Marketing Training untuk Al-Kauthar. Pernah dengar tak?? Kalau tak familiar please tanya encik google, their website Telekung Al-Kauthar atau boleh terus LIKE page mereka ;)

   

Kami Integra Solid Solution bertanggungjawab untuk manage their social media dan Alhamdulillah sekarang LIKE yang terkumpul sebanyak 12k like pencinta telekung dalam masa tak sampai 2 bulan. 
Alhamdulillah!! Tahniah juga kepada seluruh family member Al-Kauthar terutamanya founder Al-Kauthar sendiri, Kak Liza kerana mempercayai kami walaupun kami tak sampai setahun jagung dalam bidang marketing. Sambutan Al-Kauthar begitu hebat dan cukup memberangsangkan. Untuk sales bulan January ini sahaja even tak sampai sebulan lagi dah RM80k.

SYABAS Al-Kauthar!!!  ;)

InsyaAllah, kami akan lakukan yang terbaik untuk meningkatkan sales Al-Kauthar. Tak sangka percaturan Allah sangat hebat buat kami, Integra Solid Solution berkesempatan mengenali insan-insan hebat dalam bisness seperti Kak Liza dan family Al-Kauthar.

Jika ingin berkenalan dengan kami, ringan-ringankanlah jari jemari anda ke website kami ye! ;)




Tak sah kalau tak share gambar kan? Ni dia beberapa gambar di hari kejadian ;)






            Ada berani amik model ni??? T_T



First round, PA ada jaga bahagian teknikal... 2nd round lesap pergi Majlis Akikah baby Nadine Auni. hehhe... Alhamdulillah, En husben boleh handle tanpa isteri tercinta.. mehmeh..T_T







Bersama insan hebat a.k.a founder Al-Kauthar, kak Liza yang merupakan seorang guru. 
Saya perhatikan, sepanjang majlis ilmu ini berlangsung, seluruh keluarga beliau hadir termasuk ayah kepada kak Liza yang begitu supportive. ;)



Bersama akak yang berasal dari Paka, Terengganu. Orang ganu jugop kite! ;p


Ini adalah sumbangan Al-Kauthar kepada saya! Kembang hidung-hidung dapat Telekung Premium cam gini.. Kalau nak kumpul duit, makan setahun kot baru boleh beli.. Rezeki sunggoh!! ;')


Bersama family member Al-Kauthar. Hebat-hebat background diorang...

Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat dihadam dengan jayanya oleh semua yang hadir. Kami begitu berbesar hati jika diberi peluang bertemu lagi ;)

Comments

Popular posts from this blog

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

Assalamualaikum semua ;) Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).  Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.  Solat Subuh juga dap

Nak mahkota tak? Dunia pon dapat, akhirat pon dapat ❤️

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT..... Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." [Surah Al-Mu'minuun, ayat 17] 1.  MAHKOTA ZIKIR 100 kali sehari selepas solat subuh ‎لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير 2.  MAHKOTA TASBIH 3 kali pagi dan petang ‎سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته 3.  MAHKOTA DOA.... setiap selepas berdoa ‎ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 4.  MAHKOTA / PENGHULU ISTIGHFAR 3 kali pagi dan petang ‎اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت. 5.  MAHKOTA PERLINDUNGAN 3 kali pagi dan petang ‎بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم. 6.  MAHKOTA PELEPAS BENCANA 100 kali seha

Ya Allah.... Istajib Doa' ana....

Bait-bait kata yang meruntun hati... ;')