Wednesday, April 29, 2015

Unexpected

Alhamdulillah,

Nedi amik keputusan share cerita perjalanan sebagai seorang bakal ibu untuk manfaat semua wanita di luar sana. InsyaAllah... Orang cakap, first time preggy jgn la terlalu exposekan bercerita dekat orang kita dah preggy. Ada kebaikan dia... tidak dinafikan. tapi at the other side, rasa terpanggil tuk berkongsi pengalaman. Moga Allah perbetolkan niat... InsyaAllah.

Bagi pasangan yang berkahwin memang berkeinginan tuk dapatkan zuriat. Sudah naluri manusia kan? Usia perkahwinan kami hampir setahun, lagi sebulan lebih macamtu nak sambut 1st Anniversary. Dengan rahmat Allah, saya pregnant. 

Alhamdulillah... ;) 

Kami takde la merancang tp serius nk merasa ada anak tu lepas 8 bulan kahwin. Orang kata nikmatilah dulu masa ber2 ni kan. Honeymoon dulu..Alhamdulillah.. kami sempat lalui moment-moment bahagia itu.. ngeh2.. (naik tanduk) ;p

To tell the truth, period nedi dari sekolah dulu memang lama tp setiap bulan datang haid. Dah pernah consume ubat mcm ubat merancang keluarga. Sebijik RM18 tak silap. Kene makan sebulan satu biji selama 6 bulan. Amik kaw..pulun mkn pil beso!! Tapi tak berjaya jugak nk pendekkan hari period dan kurangkan period pain ni. Masa time sekolah menengah ada jumpa tok bidan dan berubat kampung. Tok bidan tu bagi herba dah lupa tumbuhan herba apa...sebab time tu remaja awal masuk sekolah menengah. Herba tu kene rebus dan minum. Masalah nye, tak konsisten dan jumpa sekali je tok bidan tu. (sememangnye tak suka minum herba tu...huhu)

Time datang perasaan nk baby tuh, mula la mencari alternatif camne nk kira waktu subur ye.. dah kalau 15hari baru bersih.. lari jadual subur. huhu.. Mentua kesayangan seorang pharmasict dan mempunyai sebuah farmasi di Tanah Merah. Kalau time dtg period, period pain tu memang kewajipan untuk dilalui. So, papa (bapa mentua) poskan ubat-ubat tuk kurangkan menstruasi di kala period pain. Berkampit-kampit ubat dipos nye.. termasuklah supplement tuk regularkan kitaran haid dan jenis plaster panas tuk tampal kat perut..  Sangat selesa dan melegakan... (feeling disayangi gtu! ;p)

                                               

Ni dia supplement tuk regularkan period. Alhamdulillah after 2 months consume, nedi dh disahkan pregnant dengan izin Allah. ;) 


Ni ingredients dia.. semuanya dr herba. 
Cara consume, makan 1 bj setiap hari selama seminggu ketika datangnye haid. 

Sambil tu nedi amik folic acid. Folic asid ni di awal perkahwinan pon dah boleh amik. Fungsi dia tuk tambahkan sel darah. Then, kami buat research tuk pasangan lelaki plak. Biasanya kami baca tru blog dan forum lowyat. Kalau mintak consultation dengan doktor gomen pon, dorang akan syorkan pengambilan tribestan tuk kesuburan dan kecergasan lelaki. Kami beli online melalui website Rakuten. Harga dalam RM175. Kalau beli dekat hospital gomen lagi murah kot. Biasalah, skrg ni membeli belah di hujung jari. Malas nk lalui jem dan tol semua. ;p


Untuk kecergasan dan kesuburan lelaki.

Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang..Allah yang tentukan. Perancangan Allah itu lebih baik dan indah dan tidak terjangkau dek akal manusia. Hopefully, entri ini sedikit sebanyak membantu wanita di luar sana tuk hamil. Komitmen pasangan kita jua penting! Buang ah ego tu kelaut..xde manfaat langsung pon. Yang penting, kita dan pasangan happy dan bahagia melalui detik-detik bersejarah dalam hidup. Tak gitu? hehhe.. ;)

Berusaha untuk hamil, kena amalkan sedekah. Banyak cara bersedekah ni. Nedi pon dapat ilmu daripada pembacaan dan tengok video dakwah. Tengok kat utube jer.. 

  • Kalau tak mampu bersedekah dengan cara kewangan, setiap kali selesai solat, amalkan wirid. Baca 


Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahu Akhbar 34x
Lalilahaillaanta Subhanakainnikuntuminazzalimin dibaca 
3x waktu pagi, 3x waktu ptg

  • Amalkan solat dhuha. Solat dhuha ini juga dikira sedekah. Terlalu banyak fadhilat solat dhuha. Hati makin tenang even ada masalah. Waktu yang paling afdhal sabda Nabi Muhammad S.A.W, ketika unta beralih tempat. Maknanya, time matahari naik area pukul 10.30-11.00 pagi. InsyaAllah, time tu doa lah banyak-banyak. Anak itu rezeki, kesihatan tubuh badan juga rezeki, masa lapang itu rezeki.. bukan hanya wang ringgit shaja rezeki!



Ketika usia kandungan dua bulan, kitorang pergi honeymoon di Perak. Honeymoon la sgt kan. Mommy to be ni kalau jumpa air tak hinggat dunia! Alhamdulillah, baby mama ni kuat! Mama berenang bagai di Lost World of Tambun


Some pictures of us!!  ^_^



Kimia tak kami??

lagi...








Suka sangat boleh main air...



Papa to be looks gemuk!! ;p



yang berlekor kat atas tu ulaq taw! 


Planning for vacation plak bulan depan. ke mana kite ye??! Any suggestion?









2 comments: