Sunday, May 3, 2015

Gout

Assalamualaikum ;)

Entri kali ni berkenaan 'Gout'. Nedi ada buat sedikit research pasal gout sebab ayah ada kena gout awal tahun lepas. Sebelum ni xpernah kena lagi, sbb dia makan kacang gajus banyak sangat... ngap..ngap depan tv, pastu ibu jari kaki sakit dan membengkak. So, salam perkenalan dengan 'Gout'!! Parking dalam blog supaya senang nak refer kemudian hari.

Apa itu Gout?

                           

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. 

Siapa yang berisiko?
  • kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • wanita manapous
  • keturunan
  • alchoholic
  • Obes / berat badan berlebihan
  • Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
  • Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dsd.

Bagaimana cara rawatan?

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
  • Rawatan serangan akut
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
  • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Cara Mengatasi :

  • Minum the full complement 8 gelas sehari supaya boleh nyah asid urik.
  • Bersenam (kawal berat badan).
  • Eliminate pengambilan kopi atau sumber kafein yg lain.
  • Amalkan diet rendah purin!
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:

Elakkan/kurangkan makanan: 
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin

Rawatan secara Natural Remedy

Sebenarnya nak parking gambar kat bawah ni. Nedi fikir sangat penting sebagai rujukan. ;)

Semoga bermanfaat!


No comments:

Post a Comment