Saturday, October 10, 2015

Breast Feeding - Ilmu wajib untuk para IBU!

Assalamualaikum ;)


Apabila title kita bertukar menjadi seorang ibu, automatik the first thing perkara yang kita fikir adalah kebaikan untuk anak. Pemakanan ibu adalah penting untuk tumbesaran anak kita. 

"We are what we eat!!"

Justeru itu, nedi nak share kepentingan penyusuan susu ibu kepada anak iaitu breastfeeding.

Subhanallah... Allah Maha Kaya, 

Susu ibu melengkapi keperluan baby mengikut perkembangan tumbesaran baby itu sendiri.  Setiap ibu perlu berusaha untuk breastfeed anak. 

"Man jadda wa jadda!!"

Jangan putus berusaha!!

MasyaAllah, memang emosi habes xde susu. Pengalaman Nedi sendiri. Keesokan hari perlu bawa baby tuk cek jaundis. Nedi tak dapat tidur fikirkan susu xde. Even tak tidur since duduk kat hospital pon just tidur 2-3 jam. Discharged je dari hospital, terus nedi pergi berurut 'breast'. Susu ade, tp just setitik... 

Sedih... lagi sedih paksa baby hisap even takde susu supaya dapat merangsang hormon kita. Baby Humaira menanges lapar... So, terpaksa jugak bg susu formula (fm). Malam tu Nedi pulun pamkan breast. 

Tak tidur....langsung tak tidur..

Allahu Akhbar!! Tak sedar air mata turut menitis, ketika susu kuar hanya setitik. Mendakap Humaira, merangsang baby tuk hisap. Tapi tak juga keluar...
Hati menanges.. Tapi still juga mengharap ada harapan..

Datang ilham, google surah dan zikir untuk mengadakan susu pukul 2/3 pagi. Tak putus baca "Ya Matin" sambil dakap Humaira yg sedang tidur. 



Boleh klik website di bawah sebagai rujukan:


Then, Allah datangkan idea isikan botol tupperware dengan air yg agak panas. Funsinya adalah sebagai tungku dan halakan ke breast beralaskan kain.

Subhanallah..

Alhamdulillah...

Selepas itu, breast produce susu setitik demi setitik sampaila berjaya pam sebanyak 2 oz mlm tu. Pagi keesokannya, Tokma temankan Humairah ke KK. Alhamdulillah, result jaundis baby hanya 145.

Then, 2 hari lepas itu..menurun menjadi 125. Humaira dah tak perlu ke KK lagi....Bersyukur sangat. Sekarang, bekalan susu Ummi tuk Humaira melimpah ruah.. ;)

Nedi nak share cerita nedi ini supaya menjadi semangat dan perangsang tuk ibu-ibu di luar sana. Jika malam tu, Nedi xberusaha dan mengalah..mungkin Humaira just minum fm.

Ciptaan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya. Jangan pernah putus asa!! 



Alhamdulillah, my working is very flexible. So, mendakap anak while working pon boleh. Bekalan susu Ummi tuk Humaira dah banyak dalam freezer. Untuk elakkan demam bengkak susu, Ummi perlu pam dan packing susu. Simpan dalam freezer. Direct feeding pon dah cukup tuk Humaira ..


Boleh klik di link di bwh: 

Proses Pengeluaran Susu Ibu❤️ MCM MANA SUSU IBU DIHASILKAN?.......Sungguh MENAKJUBKAN.....!! Kami kongsikan video bagaimana susu ibu dihasilkan & Cara bagaimana nak banyakkan SUSU secara semulajadi.
Posted by MumDreams on Tuesday, September 15, 2015

Kaedah menyimpan susu ibu.

Kasihnya Allah pada hambanya yang mengharap..

Alhamdulillah...rezeki Humaira sayang Ummi  ;')

Next entri nedi nak share How To SIMPAN susu, ok?

STAY TUNED!!!





No comments:

Post a Comment