Monday, October 19, 2015

Kronologi Amalan Wanita Berpantang PART 3

PART 3 : Berurut

Amalan berurut Melayu lama adalah berfungsi untuk mengurut urat saraf yang tegang, membuang angin, membetulkan perjalanan darah dan sangat berlainan daripada teknik massage kini yang biasanya dipraktikkan di spa.

Kebiasaan Mak bidan yang expert, adalah bakat semulajadi yang diperolehi daripada turun-temurun nenek moyang mereka.

Bagi ibu yang melahirkan anak sulong, mengurut breast adalah wajib untuk membetulkan urat susu. Kilang susu jika ditanya mana-mana tok bidan dan medical practitioner pasti memberi jawapan yang berlainan. 

Pengalaman Nedi mengurut dengan Kak Yah, kilang susu ibu adalah terletaknya di ketiak, bukan di belikat atau tulang kipas. Cara urutan juga penting. Ketiak dilurutkan sampai ke breast seterusnya puting ibu dibelek-belekkan untuk mencari mata susu. Average mata susu setiap individu adalah 10-12 mata. 

Ini adalah serius!!

Budak-budak yang di bawah umur kalau baca ini jangan gelak. Nanti anda juga akan merasainya.
hahhaha...

Kesakitan ibu yang melahirkan anak bersamaan 20 tulang patah serentak. 


Makanya....


Sambung balik..

Mak Bidan akan berurut bermula dari kaki hingga ke kepala dengan menggunakan minyak urut.

Nedi apply minyak berubat herba NR. Minyak ini panas, tetapi lama kelamaan jadi sejuk. boleh juga apply minyak urut sunflower. Tak melekit, bau pon wangi.. ;)





عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ

Dari Abu Hurairah R.A, beliau berkata, 
“ Seseorang datang kepada Rasulullah S.A.W dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi S.A.W menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi S.A.W menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi S.A.W menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)





No comments:

Post a Comment