Friday, October 16, 2015

Merawat / Mencegah Jaundice

Assalamualaikum semua ibu-ibu ;)


Pagi ni nedi nak share cara mencegah dan merawat baby daripada kuning/ jaundice.

Alhamdulillah...

Cucu tokpa dan tokma pada mulanya bacaan jaundice 145 kemudian 2 hari berikutnya menurun 125.

Selain susu ibu sebagai rawatan semulajadi, nedi nak share beberapa cara lagi yang boleh membantu mengurangkan kuning/jaundice baby.

Pertama

Anak perlu dijemur di bawah cahaya mentari pagi. Seeloknya seawal 9.00 pagi. Kerana di waktu itu kaya dengan vitamin D yang menjadi keperluan untuk baby anda. Bukan sahaja merawat jaundice tetapi juga bagus untuk merawat kanser kulit. Sayang anak timang-timangkan. Nedi sanggup berjemur bersama anak lebih kurang 20minit. 10 minit bahagian hadapan baby didedahkan seterusnya balikkan baby 10minit kemudiannya.


Humaira bertuah kerana menjadi cucu sulong kepada mentua yang kedua-dua nya merupakan medical practitioner. Tokpa adalah seorang pharmacist yang berjawatan Penolong Pengarah di Kuala Terengganu, kini sudah pencen. Sekarang mengendalikan farmasi sendiri di Tanah Merah. 

Manakala Tokma pula merupakan staff nurse yang berkhidmat di wad kanak-kanak sepanjang kerjayanya. Kini, pencen dan seronok melayan cucu.heheh...Banyak tips dan petua Nedi dapat melalui perkongsian mentua. 

Alhamdulillah, Nedi dapat konsultansi percuma daripada mentua dan ubat-ubatan juga free. ;')

Kedua

Cara Moden.



Herba Mandian Bayi produk TYT. 
InsyaAllah berkesan.

Cara Tradisional

Mandikan dengan mandian daun-daun Herba yang dikenali mandi teresak/herba/serum.

Selain itu, ada yang berkongsi perlu tukar bol lampu untuk kurangkan jaundice anak. Pihak hospital juga ada menawarkan lampu yang boleh disewa dan dibawa pulang ke rumah incase ibu bapa yang xmahu membawa anak supaya dirawat di hospital berhari-hari. Rasanya rate dalam RM200 sehari camtu tuk sewa lampu hospital.

Ok, Sekian sahaja dulu. Hari ini ada majlis Cukur Jambul  dan bertahnik baby Humaira. Humaira kena vouge, pakai baju cantik-cantik..wangi-wangi..hehhe 

Ummi Humaira berharap, kawan-kawan Humaira di luar sana sehat membesar bersama Humaira. 

Amin..




No comments:

Post a Comment