Monday, October 12, 2015

Penegasan Kepentingan Susu Ibu di dalam Al-Quran

Assalamualaikum semua ;)




“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Rasa agak dukacita pabila ditanya, kenapa tak breastfeed (bf) anak? Kenapa guna formula milk (fm) tapi bukan your own fresh milk?

Jawapan cliche "Tak cukup susu"... "Tak ada susu".... Lagi parah "malas".

Cuba ubah mindset.. Sebenarnya no such thing tak ada susu..tak cukup susu dan seantero dengannya. Kita ada pilihan sama ada nak fully bf ataupon tak. 

Teori penyusuan susu ibu :
" more demand, more supply!!"

Fikir yang tu je....So, camne nak create demand??

Di situ lah fungsinya breast pump yang mahal-mahal dicipta. Dan rangsanglah anak anda untuk menghisap lebih kerap. " In other words, the more you bf, the more milk your body produces. " Di sini juga perlukan ilmu dan pengalaman.

Sebab itu, kita perlu attend courses bab bf. Gomen ada kot buat, tapi seeloknya kita terutamanya ibu yg takde pengalaman kerap bertanya dekat KK ynag berhampiran. Fee private bf courses sebegini separuh hari je minimum RM80. 

Cuba klik link di bwh utk tonton vid ini...



Proses Pengeluaran Susu Ibu❤️ MCM MANA SUSU IBU DIHASILKAN?.......Sungguh MENAKJUBKAN.....!! Kami kongsikan video bagaimana susu ibu dihasilkan & Cara bagaimana nak banyakkan SUSU secara semulajadi.
Posted by MumDreams on Tuesday, September 15, 2015

Banyak ilmu yang dapat. Contohnya:

Position penyususan yg betul.
Cara menyimpan stok susu.
Kaedah menggunakan stok susu yg disimpan.
How to stimulate your milk.

Kalau malas sangat nak attend any bf  courses, tanya Encik Google!! kan mudah??

Kalau hadiri course bf, diorang akan ajar position yang betol ibu dan anak supaya si ibu takde sakit urat, lenguh badan dan si anak tak tersedak susu. Position mulut si anak tu menekap elok di areola kita atau x. Kalau breast buta means takde puting tu pon boleh bf dgn baik. Usahakanlah dengan mengepam supaya puting itu terbentuk.

Ada faham ke tak????

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
  
 Lagi sekali baby ni posing..heheh..

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

Ketika nedi pulun mengepam tuk dapatkan 2oz susu, tanpa sedar areola cedera. nedi share tips camne merawat:

Sapu susu dekat kwsn cedera atau
Sapu vco.

Bagi menjaga kesihatan breast.. takkan suh breast bekerja 24 hours kan? Kita perlu ada gap masa perahan pertama dan kedua at least 45 minutes. Bagi breast kita "rest". Lakukan kaedah tungku pada breast. 



Guna botol ni je..isi air panas.. Ikut la,jangan sampai melecur dah. huhu...



Nedi pakai Spectra Pump xdela semahal Madela. Harganya RM600. So far best jer.. Sebab cedera tu mungkin position pump xbetol. Pastu lupa letak alas getah dekat corong pump tu. ;')




Alhamdulillah, ini adalah hasil 1 time pump. Bila susu melimpah ruah camni kan seronok. Dah boleh amik anak susuan plak. thehe..

Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini, ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad yang lalu.

Jaga lah hak anak. Kesiankan mereka.. nak-nak anak yang ada jaundis, berulang alik ke hospital amik darah..Anak sampai lebam-lebam. Pandangan Nedi, sangat kejam kita terhadap anak jika kita tak amik inisiatif langsung tuk 'ada'kan susu bagi keperluan baby kita. ;'(

So, masih setia dengan fm ke??!!

Please click pada gambar di bawah untuk refer topik yang wajib difahami dan dihadam oleh ibu-ibu.



No comments:

Post a Comment