Thursday, October 8, 2015

Puteri Sulong

Alhamdulillah...


Syukur ke hadrat Ilahi, tanggal 3/10/2015 my little caliph was born at Hospital Tanah Merah. Tiada kata dapat diungkapkan. Bersyukur sangat-sangat semuanya selamat diharungi.

My first experience in delivering a pinkish 'meroh merang' baby girl.   ;)

MasyaAllah...

Subhanallah...

Allahu Akhbar!!!

Kena tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum menaip. Moga membawa anda masuk dalam penceritaan ini.

Due date baby supposed to be on 5th October 2015. Start tanda nk beranak pada pagi Jumaat, 5.45 pagi bangun tuk solat Subuh.  Underware basah sebesar palm dengan sedikit ketulan darah bersama lendir kuning. Tapi perut xde lagi meragam cam nak berak ke hape.. Orang ckp, sakit nk beranak mula-mula cam period pain. Period pain dah biasa kena time remaja dulu, jadi bolehlah bajet sakit camne..thehe..

Pagi tuh dalam pukul 8.00am pergi rumah kakma,bidan tuk mengurut. Just sentuh2 tgk perut.. pastikan baby in positioning yg betol. Pastu, kakma bgtahu lagi 2 jari baby nk turun. So, lambat lagi...estimate dalam Zohor/Asar baby turun.

Ambil keputusan duk kat rumah je, tunggu sakit. Bermula la rasa contraction 10 minit sekali cam period pain di waktu Asar. Sepanjang hari pakai pad sebab dah kuar darah. Time solat, pakai pad baru.

Masih sabar... Hold la dulu..

Then maghrib... solat...

Then Isya'....solat...

Pastu, terus bergegas ke hospital.

Setibanya di hospital, seperti biasa ceritakan history kepada Doktor. Then, doktor pelatih yang handle tuk cek air ketuban, cek 'jalan' then amik darah sampai lebam tangan nih.huhu.. Bersyukur sbb bukan Senior Doktor yg buat, seorang lelaki muda kacak berkaca mata. Kalau x,haru... ;') 

Alhamdulillah, bukaan dah 3cm. Kemudian, dibawa ke wad biasa menunggu masa baby bersedia tuk keluar.  Area pukul 12 tgh mlm, bermula contraction 5 minit sekali dan semakin kerap.

Bermula lah drama panggil nurse hampir 5x baru menghampiri. Allahu.. kemudian dibawa ke bilik pemeriksaan. Sudah 4cm bukaan... Terus dibawa turun ke labour room dan ada 2 org staff nurse menanti..seterusnya pecahkan air ketuban. Dipakaikan segala alat untuk mengetahui kondisi CTG baby. Pukul 1.00am, sakit yg amat sangat... tidak dpt diluahkan dgn kata-kata.. Terus panggil nurse untuk panggilkan En. Husband yg menunggu di luar.

Sakit yg tidak dapat digambarkan dgn kata-kata, wirid dan doa tidak putus di bibir. Sambil pegang erat tgn En. Husband..

"Abang, sakit sgt..." menatap wajah sang suami penuh kasih. " Halalkan makan minum nedi ye abang.."

Abang: "Ye sayang, abang halalkan semua... ;')" syg kene kuat!" xhabes-habes memberi dorongan penuh buat sang isteri yang bertarung nyawa.

Berbekalkan pengalaman kwn-kwn, nedi praktikkan... berfikir positif!!! Ambil nafas dalam-dalam...hembus..

First time meneran, "Syg, abg dah nampak rambut baby...sikit lagi....syg boleh!!!"

2x...3x.....

Akhirnya, ummi berjaya !!!!! ;)

Tepat jam 2.05 am, my little caliph berjaya dilahirkan secara normal. 

Subhanallah..

Allahu Akhbar...

Alhamdulillah.... 

Speechless pabila baby diletakkan di atas dada.. segala sakit menghilang.. Every single moments Ummi masih terbayang-bayang... ;') 

My beautiful baby girl...

Apabila baby 2.9kg berjaya dikeluarkan... nurse bertanyakan jantina baby. Dengan confident menjawab.. "baby boy"..

Nurse : " Acu tengok.. Boy ke girl??? gertak nurse lagi...

MasyaAllah..... Girl!!!!It's a baby girl..... my beautiful baby... feeling sgt2.. dengan Husband hampir menitiskan air mata.

Mahal betol air mata die.. ;p

Perhitungan hidup mati bukan setakat itu sahaja.. hampir 2 jam nurse mengambil masa tuk jahit luka bersalin. Sakitnya, hanya Allah sahaja yg tahu...

;')

Hampir jam 5.00 am, dibawa ke wad biasa bersama baby.

Alhamdulillah, boleh pulang ke rumah bersama anak tercinta pada hari Ahad,keesokan harinya. 

Mama, papa... sekuntum mawar nedi hadiahkan kepada family. Moga puteri ummi menjadi cucu solehah pada tokma, tokpa, tok ayah dan tok ma trg. 

Some pictures yg sempat ummi ambil ketika dalam wad ;)



Puteri Ummi berusia kurang 24jam.


Tok ma dan tok ayah datang melawat pada hari Sabtu,time zohor..


Puteri Ummi "my little pinkish!!!"



Ummi tak dapat lelap.. 
Memerhati puteri Ummi dari jauh..


Terima kasih tokma sbb menunggu Ummi sepanjang berada di wad.
Tokma tak tidur melayan adik. ;')


Puteri Ummi berusia 2hari





Berasa penuh poket nak bercerita.theheh.. 

Tunggu for the next entri ye...!!

Sekian, bermulalah episode baru  Nedi sebagai seorang 'Ummi' ;)

Welcome to the world my precious darling
"Nuraisya Humaira bt Muhammad Fathur Rahman"



No comments:

Post a Comment