Sunday, October 18, 2015

Sabar itu INDAH, Musibah itu HIKMAH

Assalamualaikum ;)


Firman Allah SWT yang begitu indah,

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan darimu bebanmu? Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutanmu. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”. (QS. Alam Nasyrah/94:1-8)


Entri ini mungkin kalau secara detailnya 2 buku teks sejarah tak cukup tebal dia. 

Nedi ingin berkongsi secara ringkas. 

Terlebih dahulu, Nedi bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W.

Pada tahun 2012-2013 adalah fasa yg cukup hebat buat Nedi. Bukan sahaja Nedi, malah seluruh ahli keluarga Nedi terkena tempias nya. 

Nedi terlebih dahulu mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga dan memohon maaf kepada semua orang di sekeliling Nedi. Tiada kata yg tepat untuk diinterpret dengan rasa bersalah, bersyukur, berterima kasih dan berasa cukup bertuah. My family is the 'BEST'!!! 



Raya Aidilfitri tahun lepas..


Family kami... ;')

Terima kasih Pok Along dan Cik Nor kerana ber'sabar' dengan Nedi..heheh


Allahu Akhbar!!

Peristiwa ini menjadi lipatan sejarah dalam hidup Nedi. Ketika itu, nedi bekerja sebagai junior consultant di sebuah syarikat swasta di Cyberjaya.
Tiba-tiba Nedi 'sakit'. Simptom sakit yang dilalui, mendengar message dari 'orang ketiga'..misi menyelamatkan ahli keluarga dari bencana yang teramat dasyat seperti peperangan. Sekilas pandang Nedi dapat gambaran anak buah disembelih.

Entah kenapa, mengapa dan bagaimana Nedi menjadi tak keruan seperti 'orang gila'. Kak long bawakan nedi berjumpa ustaz. Keadaan Nedi menjadi semakin teruk. 

Nedi tak ingat ape yg jadi...

Ayah turun dari Terengganu bersama pak saudara yg lain tuk membawa Nedi berubat seterusnya ad hoc balik ke kampung. 

Nedi tak ingat....

Nedi tak ingat....


Nedi tak ingat....

Nedi dibawa ke hospital. Then, doktor diagnose MRI... Akhirnya, doktor mengesahkan nedi berpenyakit 'bipolar disorder'.


Bipolar is a complex illness. There are many different symptoms -- and several different types -- of bipolar disorder. The primary symptoms of the disorder are dramatic and unpredictable mood swings. The various types of bipolar disorder range from mild to severe.


Setahun lebih Nedi mengambil masa untuk sembuh termasuk berulang alik ke hospital. Sebenarnya, lagi seminggu Nedi tak silap adalah tarikh pertunangan Nedi dengan suami Nedi sekarang ni.. Tapi Nedi pulak 'sakit'.

Terima kasih ya Allah, kerana jodohkan Nedi dengan manusia yang sangat penyabar, setia, pemurah dan sangat baik hati. ;')


Konvokenyen time degree.. Slim molek abah Humaira..kikiki
Terima kasih abang ;')


Banyak drama sebelum kami diijabkabulkan suami isteri setahun kemudiannya. Biarlah ia menjadi rahsia. heheh..

Kalau dinovelkan pon Nedi rasa hard selling kesah Nedi ni. hahahha... (sempat lagi....jgn menyampah ye!)

Dalam tempoh Nedi berubat, ma ayah membawa Nedi berjumpa beberapa orang ustaz. 

Nedi tak ingat....

Nedi tak ingat....


Yang Nedi ingat, berjumpa dengan mentua Asyraf Muslim, Asyifa dekat Kuala Ibai. First time pergi, nedi dipakaikan telekung solat. Then, ustaz itu 'scan' dengan mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 

Apa yang nedi ingat :

Ustaz: "Awak sakit apa?"
Nedi : "Saya tak sakit."

Dalam 5-10 minit selepas itu..

Ustaz: "Awak disihir."

Perasaan dan otak 'blur'... Then ustaz memberikan petikan-petikan surah yang perlu dibaca dan diamalkan.

Sekali sesi RM60.. Dalam 3 sesi, nedi 'sihat'.

Sambil tu, ma tak putus menjampi serapah air mandian Nedi, yang bermuka 2 helai kertas kajang. Pulun ma baca.. plak tu, kena baca berapa kali nedi tak pasti. huhu..

Nedi berterima kasih kepada 'Bak' iaitu Haji Yaakob kerana banyak meluangkan masa dan memberikan nasihat sepanjang Nedi 'sakit'. Aturan Allah sangat baik buat Nedi. Dapat mengenali insan-insan hebat dan orang alim. Kalau Bak ada membaca entri yang tidak seberapa ini, terima kasih... hanya Allah yang boleh membalasnya. Nedi masih mengamalkan zikir yang Bak ijazahkan kepada Nedi. ;')




Bak yang berwheel chair. Kebetulan hari itu adalah birthday ayah yang ke-54 tahun. Al-Mawlid hadiahkan kepada ayah doa dan lagu-lagu yang menyentuh perasaan.

Terima kasih ma ayah kerana bersabar dengan 'karenah' Nedi. ;')

Tempoh itu, kalau diingatkan kembali sangat 'horor' sebab nedi diberikan ability 'mendengar'. Biarlah rahsia.... Nedi bimbang ada yang tak leh tidur malam. hehehe...

Ok, sampai situ jelah kisah ini.

......................

Sekarang, dah 2 tahun berlalu.. 


Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8).


secara terang difirmankan olehNya bermaksud: "Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).


sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi bermaksud: "Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan."

dalam firman-Nya bermaksud: "Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali." (QS Al-Alaq:6-8)

Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari)

Rasulullah SAW dalam sabdanya: "Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita." (HR Bukhari)

dalam firman-Nya bermaksud: "Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik." (QS Al-Ankabut:10-11).


Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)

...........

Setiap insan yang ada di muka bumi ini memiliki episode kehidupannya masing masing, dan tentu di setiap episode kehidupan yang berjalan tidak dapat dielak bahawa di dalamnya selalu ada ujian yang datang. 

Ujian ini  berupa teguran dan juga bentuk kasih sayang dari Allah SWT, bergantung bagaimana kita menterjemahkannya dengan hati yang bersih atau dengan hati yang keruh dengan noda hitam.



Sabda Rasulullah SAW:

"Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cobaan. Sesungguhnya Allah ’Azza wa jalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah." (HR. Tirmidzi).




No comments:

Post a Comment