Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

Assalamualaikum semua ;) Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).  Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.  Solat Subuh juga...

Fam Day Awang Leh 2015

Alhamdulillah ;) Tarikh : 18-19/9/2015 Tempat : Semarak Bayu Resort and Cafe, Marang. Syukur ke hadrat Allah sebab akhirnya event tahunan Family Day Awang Leh berjaya juga dilaksanakan. Usaha tuk jayakan sesuatu event bukanlah mudah sebab memerlukan kerjasama semua ahli keluarga. Syabas dan tahniah kepada semua peserta tahun ini walaupun penyertaan tidak begitu memuaskan hati. Tidak lupa kpd majlis tertinggi iaitu Ac, kak yana, kak long, cik nor dan semua yg berhempas pulas untuk jayakan family day kali ni.  No words can describe pabila sekecil-kecil usaha, akan memberi impak yang besar pada keluarga besar Awang Leh. Mungkin ketika ini kita xnampak, tunggulah pabila anak-anak cucu kita besar dan masing-masing ada keluarga sendiri. Adakah kita masih lagi boleh berkumpul dan bermesra,gurau senda seperti hari ini?? Sama-sama kita muhasabah diri dan saling nasihat menasihati. Ukhwah sesama kita terhasil dengan berkat kesabaran dan pengorbanan yang perlu dilabur...b...