Skip to main content

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

  • Assalamualaikum semua ;)


Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya". 



Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88). 

Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh. 

Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).


Waktunya

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah, menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulullah (S.A.W) ada dia ketika diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, baginda solat dua rakaat solat sunat yang ringkas (atau diringkaskan) sebelum mendirikan solat Subuh).) [Hadith Muslim] 

Nota: Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh (solat rawatib) itu dikerjakan secara ringkas, yakni tidaklah membaca surah-surah yang panjang, memadai surah-surah pendek supaya segera selesai. Namun ketertibannya dijaga, seperti cukup tamakninahnya dalam setiap rukunnya.] 


Sentiasa Diperhatikan Supaya Tidak Tetinggal

Diriwayatkan hadith dari Ubaidi b. Umairin, hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Nabi (S.A.W) tidak ada atas sesuatu dari solat sunat yang lebih tersangat menjaga darinya (oleh Rasulullah (S.A.W)) atas dua rakaat sebelum solat Subuh.’ [Hadith Muslim] 

[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (S.A.W) sangat menjaga solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini – tidak diremehkan atau ditinggalkannya. Ini menunjukkan betapa utamanya solat sunat rawatib ini.] 


Pahalanya 

Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (S.A.W) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat] 

[Nota: Jelaslah mengapa dalam hadith sebelum ini Aisyah (r.a) memberitahu bahawa Rasulullah (S.A.W) dalam hayatnya sentiasa memastikan bahawa dia tidak terlupa atau tertinggal mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini. Kerana pahala mengerjakannya hanya rakaat lebih utama pada Allah (S.W.T) dari nilai dunia dan segala yang ada di permukaaan dan di dalam perut dunia. Rugilah orang yang tahu (atau, diberitahu) begitu besar ganjaran pahalanya, tidak mengerjakannya. Bersolat setakat 3 minit dapat ganjaran dividen akhirat yang amat besar!] 

Niat


 "Sahaja aku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur/Asar/Isyak/Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala."

Surah-surahnya 

Diriwayatkan oleh Marwan b ibnu Mua’wiyah hadith dari Yazid, iaitu Ibnu Kasyana hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah (S.A.W) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul ya aiyuhalla kafiruna’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat] 

[Nota: Jelaslah dalam hadith ini ada surah yang khusus untuk solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh – Surah al-Kafirun (pada rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (pada rakaat ke-2). Hadith ini bukanlah mentapkan bahawa hanya dua surah ini sahaja dibaca dan tidak boleh surah-surah lain, tapi, kalau kita baca dua surah sedemikian ini, kita mencontohi Rasulullah (S.A.W), maka pasti mendapat pahala sunahnya, selain pahala mengerjakannya.]


p/s : Jika solat sunat sebelum fajar ini menjadi rutin, kita akan berasa janggal sekiranya tertinggal disebabkan bangun lewat untuk mengerjakannya.
Solusinya, boleh qada' solat sunat subuh ini selepas mengerjakan selepas solat subuh.

Selamat beramal ;)

Comments

  1. Semuga solat sunat subuh menjadi amalan umat Nabi Muhammad semua...aamiin

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing sis. Semoga diberkati Allah SWT atas usaha ni.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan...
    Soalan...
    Solat sunat Subuh dilakukan sebelum azan Subuh atau selepas azan subuh?
    Mohon pencerahan. Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya baru perasan. Selepas Azan subuh,sebelum solat subuh. Wallahua'lam

      Delete
    2. tempoh pelaksanaan solat sunat fajr..bermula waktu subuh sehingga sebelum waktu syuruk. boleh dilaksanakan sebelum atau selepas solat fardhu subuh.

      Delete
  4. Setelah azan subuh. Dimulaindgn solat sunat dan kemudian mengerjakan solat subuh

    ReplyDelete
  5. klo kita solat solat subuh 6.30 boleh ke buat sunat dlu sblom kita solat subuh tu

    ReplyDelete
  6. Asalam.. apa beza antara solat fajar dan solat sunat rawatib (qabliyah) sebelum fardhu subuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sahaja encik..boleh rujuk link ini untuk pencerahan https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/842-irsyad-al-hadith-siri-ke-192-kelebihan-solat-sunat-fajar

      Delete
  7. Tanyakan pada Yang faqih. Tak silap saya solat sunat fajar Sama dgn sunat rawatib sebelum solat subuh. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..terima kasih 😊

    ReplyDelete
  9. Ada solat sunat fajar dan sunat subuh itu sama atau berbeza.

    ReplyDelete
  10. Tksh atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  11. Jika kita terjaga pukul 8 pagi,blh ke kita mengerjakan solat subuh dengan niat qada dan selepas itu buat sunat sblum subuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak boleh encik sebab solat sunat sebelum subuh itu, dilakukan pada waktu subuh..memadai encik hanya qada solat subuh itu sahaja..wallahuaa'lam bissowab

      Delete
    2. jika memang biasa dilakukan solat sunat fajr (istiqamah setiap hari) , jika tidak disengajakan tertinggal boleh diqadha..

      Delete
  12. Thanks and that i have a keen offer you: What House Renovations Need Council Approval remodeling companies near me

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ya Allah.... Istajib Doa' ana....

Bait-bait kata yang meruntun hati... ;')

Memburu Maggi Ketam Nipah

#Alemy Maggi Ketam Cherang Ruku Pastuh, agenda kami seterusnya adalah memburu Alemy Maggi Ketam Nipah  hok sohor gila tuh.. Puas hati buleh rasa ketam nipah ni.. Semangkuk maggi dalam RM22.00, ada 2 ekor ketam nipah yg dipotong dua, ada udang...ada telur... berbaloi-baloi la dgn harga dia ;) Nah, gambar utk tatapan anda!!  Habis makan sorang hampir 2 jam berperang dengan kelengkapan spanar. Pinar mata-mata nk perabes.  Kami... menunggu maggi siap hampir 30minit. Kami antara customer terawal datang, so kalau perut dtg tgh lapar, mohon kesabaran agak tinggi. huhu.... Pose  xbleh belah! Hepi dapat makan ;) Kedai Alemy Maggi Ketam Cherang Ruku dibuka pada pukul 5.00 petang - 2.00 pagi. Kalau nak info lagi detail, boleh lah melawat blog diorang ;) Alemy Maggi Ketam