Skip to main content

Part 7 : Find your souls. 💓

Hikayat Aku Seorang Fighter

Kau tahu tak terapi aku? Sekarang, bila aku fikir, baru aku jumpa diri aku.  Aku amati penulisan Tuan Afnan Rosli. Follow lah beliau. Sangat memberi inspirasi. Sebenarnya accidently jumpa page beliau. Pastu tgk ramai follower beliau dalam friendlist aku.

Hidup ni takde yang kebetulan. Semuanya Allah dah aturkan.  Aku tak berpeluang pergi kelas beliau. Just a silent reader.

Ni cerita aku pasal passions aku:

Masa darjah 2, aku sekolah di Gong Kapas, Terengganu. Aku sering bertukar sekolah masa di sekolah rendah. Jadi, aku tak sempat mengucapkan selamat tinggal  dekat kawan baik aku di sekolah ni . Sayang, semua dah lost contact. Aku mula meneroka diri aku di sini. Aku suka melukis. Yes, art. Aku suka lukis binatang, permandangan.. Terapi aku.

Satu hari, ada seorang cikgu 'melihat' bakat aku.   Aku terpilih untuk masuk dalam Pertandingan Melukis dan Mewarna mewakili sekolah. Aku pon tak pasti keunikan aku ni. Mungkin dia nampak souls aku dalam lukisan. Adat pertandingan. Aku tak menang. 🙈



Masa aku darjah 4, aku sekolah di Sekolah Rendah Kampung Tengah, sekolah kat kampung. Aku sekelas dengan sepupu,mok sepupu aku dan jiran.Nor, Fazlina, Teh, Mia.

Ko ingat mudah ke?

 Asyik dibandingkan. Semua aspek lah. Aku pon dah lupa passion melukis aku. Asyik kena pergi sekolah.  Tak boleh miss dan ponteng. Nanti sampai kat telinga ma ayah, nasiblah aku. Aku bukan anak yang rebel. Sangat mendengar kata.
Petang-petang after kelas fardhu ain tu, aku ada latihan netball. Di situ aku cabar diri akulah. Jadi jaguh kampung jap.

Aku suka basikal. Aku kayuh basikal hari-hari ke sekolah. Aku kerap pergi lambat. Sebab berebut bilik air. Aku membesar dengan ahli keluarga ramai. Sepupu aku pon duduk sekali. Nasiblah kalau bangun lambat, memang paling last lah!

Dalam family aku, aku terpaksa menggalas tanggungjwb jadi kakak sulong. Kakak aku dua orang tu sekolah jauh- jauh semuanya. Aku membesar dengan adik-adik ramai. Enam orang lelaki bawah aku. Macam-macam peel aku kena hadap. Aku bukan saja tukang cebuk mandi, basuh berak..bagi makan, lipat kain, tukang bebel.. ape lagi? Mengah jap. Huh! Memori paling aku ingat, tukang korek telinga. Sampai sekarang walaupon dah besar panjang semuanya, aku balik rumah aje, duk tadah telinga kat aku suh korek. 🤦


Jamuan last year student. Juruh dok?? Hehe..😋

Masa aku remaja plak. Aku bukan jenis ulat buku dan kaki games. Aku paling tak suka membaca. Aku suka tengok movies. Macam-macam genre terutamanya action, lucu, true stories about someone yang bagi inspirasi, romance  macam cite the golden rose tu. Epik betol! Science fiction genre boleh lah. Aku follow Harry Potter aje.
Satu lagi dating. Aku tak tahulah. Iblis ni sangat bijak dan licik. Time dating, aku boleh lupa masalah mental aku. Aku jadi tenang. Mungkin hormon happy aku menang. 😁

‌Hampir lupa! Aku layan lagu kakak-kakak aku dengar. Pearl Jam, Greenday, Butterfinger, linkin Park dan aku paling minat  lagu yellow by.... Allah aku boleh lupa. Tolong jawab boleh?Walaupon jiwa aku lembut, aku tak layan lagu jiwang karat style leleh leleh tu. Aku tak minat. Masa kecik aku layan Tragedi Oktober je. Hahahha.. Ada sekali tu kakak aku buat balik kaset Britney Spears. Eh! Kakak aku angau ke ape..🤦 Mengucap aku.

Lepastu, aku suka speed! Yes kelajuan yang mencabar adrenaline aku. Aku suka roller coaster, aku suka bawak moto dan kereta laju-laju.  Ops! Jangan tiru! Aku suka main roller blade dan ais skating. Aku kenal roller blade tika tinggal di KL dulu. Pastu, sambung belajar kat Shah Alam, aku cuba main ais skating kat Sunway tu..aku bagaikan di dunia sendiri dan macam kaki tak pijak bumi. Aku sangat enjoy! Aku terror weh! 🙊

‌p/s:  Please follow your dream and find your souls.  Your hidden souls. Ape fairy tail kite masa kecik-kecik? Reborn. Ada anak-anak ni, encourage diorang. Cari minat dan intentions diorang. Jangan membunuh minat anak-anak. You never know, they become somebody.


‌#hikayatakufighter

Comments

Popular posts from this blog

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

Assalamualaikum semua ;) Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).  Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.  Solat Subuh juga...

Ya Allah.... Istajib Doa' ana....

Bait-bait kata yang meruntun hati... ;')

Memburu Maggi Ketam Nipah

#Alemy Maggi Ketam Cherang Ruku Pastuh, agenda kami seterusnya adalah memburu Alemy Maggi Ketam Nipah  hok sohor gila tuh.. Puas hati buleh rasa ketam nipah ni.. Semangkuk maggi dalam RM22.00, ada 2 ekor ketam nipah yg dipotong dua, ada udang...ada telur... berbaloi-baloi la dgn harga dia ;) Nah, gambar utk tatapan anda!!  Habis makan sorang hampir 2 jam berperang dengan kelengkapan spanar. Pinar mata-mata nk perabes.  Kami... menunggu maggi siap hampir 30minit. Kami antara customer terawal datang, so kalau perut dtg tgh lapar, mohon kesabaran agak tinggi. huhu.... Pose  xbleh belah! Hepi dapat makan ;) Kedai Alemy Maggi Ketam Cherang Ruku dibuka pada pukul 5.00 petang - 2.00 pagi. Kalau nak info lagi detail, boleh lah melawat blog diorang ;) Alemy Maggi Ketam