Skip to main content

Hati - hati memilih sebarang produk!

Peringatan penting bagi semua pengguna sebarang produk kecantikan/slimming!

Perkara ini sangat berguna dan penting kerana boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan dan kecantikan seseorang. Ia mungkin memberi kesan dalam jangka masa panjang. Bahan terlarang banyak dijumpai dalam supplement kesihatan / produk kecantikan / produk slimming.

Justeru itu, adalah penting bagi para pengguna untuk memastikan produk ubat-ubatan atau kosmetik yang digunakan oleh mereka merupakan produk yang berdaftar dengan BPFK.

Sila lawati laman web diorang!!

 National Pharmaceutical Control Bureu


Ataupun, boleh dapatkan updated berita dengan mengikuti page Facebook diorang 


                      

dan


                       

Apabila sesuatu produk itu berdaftar dan diluluskan oleh BPFK, bermakna produk itu selamat dan bebas dari bahan kimia terlarang. Banyak risiko yang bakal dialami oleh pengguna sekiranya still proceed menggunakan produk tersebut.

Produk tersebut mungkin dicampur dengan bahan aktif yang berbahaya

Sebagai contoh, kosmetik pencerah kulit adakalanya ditambah dengan logam berat merkuri untuk menambahkan keberkesanan produk tersebut. Merkuri sememangnya diketahui boleh memberikan kesan pencerahan terhadap kulit, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti kanser dan Penyakit Minamata.

Produk tersebut mungkin dicampur dengan ubat-ubatan moden yang boleh menjejaskan kesihatan sekiranya diambil tanpa kawalan.

Sebagai contoh, produk tradisional untuk tujuan meningkatkan daya tahan seksual lelaki adakalanya dicampur dengan sildenafil atau tadalafil. Sildenafil dan tadalafil merupakan  ubatmoden yang boleh didapati secara sah di farmasi, klinik, atau hospital dengan syarat pesakit
terlebih dahulu telah diperiksa dan disahkan perlu mengambil ubat tersebut oleh doktor. Pengambilan sildenafil atau tadalafil tanpa pengawasan doktor mendedahkan pengguna terhadap risiko kegagalan jantung.

Produk tersebut mungkin dihasilkan dalam keadaan persekitaran yang kotor

Pengeluar produk ubat-ubatan yang berdaftar diwajibkan untuk mematuhi garis panduan amalan pengilangan baik (APB) bagi menjamin kualiti produk mereka. Produk yang tidak 
berdaftar berkemungkinan dihasilkan dalam suasana persekitaran yang tidak terkawal dan kotor seterusnya menjejaskan kualiti produk yang dihasilkan.




              

               


p/s : So, jadilah pengguna yang bijak dengan membuat pilihan yang tepat!



Comments

Popular posts from this blog

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

Assalamualaikum semua ;) Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).  Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.  Solat Subuh juga...

Pesan Bak kepada aku.

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ Renungan Pagi: Setetes madu jatuh di atas tanah. Datanglah seekor semut kecil, perlahan-lahan dicicipinya madu tersebut. Hmmm... manis. Lalu dia hendak pergi. Namun rasa manis madu sudah terlanjur memikat hatinya. Dia pun kembali untuk mencicipi lagi, sedikit saja. Setelah itu barulah dia akan pergi. Namun, ternyata dia merasa tak puas hanya mencicipi madu dari pinggir tetesannya. Dia fikir, kenapa tdk sekalian saja masuk & menceburkan diri agar boleh menikmati manisnya, lagi dan lagi. Maka masuklah sang semut, tepat di tengah tetesan madu. Ternyata? Badannya malah tenggelam penuh madu, kakinya lekat dengan tanah. Dan... Tentu saja tak boleh bergerak. Malang nian, dia terus seperti itu hingga akhir hayatnya. Mati dalam kubangan setetes madu. Demikianlah analogi sederhana tentang dunia & pecinta dunia, sebagaimana diperumpamakan dalam sebuah pepatah Arab : "Hakikat apa-apa dari kenikmatan dunia melainka...

Ya Allah.... Istajib Doa' ana....

Bait-bait kata yang meruntun hati... ;')