Skip to main content

Tahukah anda? Amalan Yang Memberatkan Timbangan?

Assalamualaikum ;)


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun."

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Dua kalimat yang ringan atas lidah keduanya pula berat pada timbangan, keduanya disenangi Ar-Rahman, Subhanallahi wa Bihamdihi, Subhanallahil-'Aziim (Maha Suci Allah dan segala puji baginya, Maha Suci Allah yang Maha Agung)"




Maka dikatakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang kepadamu agar dapatlah kiranya kamu mengajarkan aku satu ilmu yang memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka."

Lalu Nabi SAW bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu atas dua kalimat yang berat pada timbangan, keduanya ringan atas lidah, keduanya disenangi Ar-Rahman? Dan dibenci syaitan, bacalah : Subhanallah wal-hamdulillah, maka keduanya menghampirkan kepada syurga dan menjauhkan daripada neraka."

Maka setiap orang yang mendakwakan bahawa timbangan itu tidak benar maka dia menolak kitab Allah dan sunnah RasulNya SAW.

Diriwayatkan dari Al-Hasan RA bahawa beliau berkata: "Pada hari kiamat didatangkan timbangan lalu diletakkan di hadapan Allah SWT. Kemudian hamba itu dipanggil untuk dihisab. Jika hamba atau umat itu mengutamakan dalam kebaikan dia menyeru kepadanya dan memerintahkan dengannya, maka ia dipanggil dengan namanya, kemudian dihampirkan dari timbangan lalu ditimbang kebaikan -kebaikan dan keburukannya sekalipun satu kebaikan dan sekalipun satu keburukannnya lebih besar daripada kebaikannya dan lebih berat dari gunung dunia, kerana Allah SWT apabila menerima dari hamba atau umat satu kebaikan maka Dia mengampunkan seluruh dosanya sekalipun banyak.

Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah: "Wahai Aisyah, sekiranya Allah S.W.T menerima satu sujud dari hambaNya, nescaya Dia memasukkan dengannya ke dalam syurga." Maka Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, maka apakah yang dibuat dengan amalan-amalan hamba?" Lalu sabda baginda: "Ia dimakan riak dan mencari nama bail sepertimana api memakan kayu bakar."

Jika hamba atau umat mengutamakan keburukan dia memerintahkan dengannya dan menyeru kepadanya, maka dia dipanggil dengan namanya lalu datang kepada timbangan maka diletakkan kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukannya lalu keburukkannya berat atas kebaikannya sekalipun keburukannya hanya satu kebaikkannya banyak dan lebih berat dari gunung dunia, kerana Allah S.W.T menggugurkannya dan tidak menerima satu kebaikan daripadanya, lalu diperintah malaikat sebelah kiri untuk mengheretnya ke dalam neraka.


Maka shabat-sahabat Nabi berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah mereka orang-orang Islam?" Lalu sabdanya: " Mereka solat sepertimana kamu solat, mereka berpuasa sepertimana kamu berpuasa, mereka berzakat sepertimana kamu berzakat, seketika mereka bangun solat malam, akan tetapi apabila ditawarkan kepada mereka dirham yang haram mereka meloncat seprtimana loncatnya serigala, lalu Allah menggugurkan amalan-amalan mereka dan tidak menerima satu amalan dari hamba maka lebih patut ia tidak memberi kesan pada timbangan, kerana kebaikan-kebaikan tidak berguna dan tidak memberatkan timbangan jika Allah S.W.T tidak menerimanya kerana Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang ikhlas kepadanya."


Selamat beramal ;)

Comments

Popular posts from this blog

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

Assalamualaikum semua ;) Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).  Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.  Solat Subuh juga...

Pesan Bak kepada aku.

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ Renungan Pagi: Setetes madu jatuh di atas tanah. Datanglah seekor semut kecil, perlahan-lahan dicicipinya madu tersebut. Hmmm... manis. Lalu dia hendak pergi. Namun rasa manis madu sudah terlanjur memikat hatinya. Dia pun kembali untuk mencicipi lagi, sedikit saja. Setelah itu barulah dia akan pergi. Namun, ternyata dia merasa tak puas hanya mencicipi madu dari pinggir tetesannya. Dia fikir, kenapa tdk sekalian saja masuk & menceburkan diri agar boleh menikmati manisnya, lagi dan lagi. Maka masuklah sang semut, tepat di tengah tetesan madu. Ternyata? Badannya malah tenggelam penuh madu, kakinya lekat dengan tanah. Dan... Tentu saja tak boleh bergerak. Malang nian, dia terus seperti itu hingga akhir hayatnya. Mati dalam kubangan setetes madu. Demikianlah analogi sederhana tentang dunia & pecinta dunia, sebagaimana diperumpamakan dalam sebuah pepatah Arab : "Hakikat apa-apa dari kenikmatan dunia melainka...

Ya Allah.... Istajib Doa' ana....

Bait-bait kata yang meruntun hati... ;')