Skip to main content

Spiritual dan Pemakanan



Dua aspek ini seiring dan sejalan. Kenapa?
.
.
Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan ilmuan Dr Rizal, pakar otak yang juga orang Malaysia. Tumpang bangga 😊

Allah kurniakan otak kepada para mukmin, berbeza. Subhanallah.. Allah Maha Besar. Allah menunjukkan kebesaranNya dan istimewanya umat Nabi Muhammad S.A.W  yang soleh dan solehah ❤️



Ini perbezaan antara yang mengenal Rabb dan tidak. Subhanallah. Sains tidak pernah sesekali berpaling dengan Al-Quran. Sains menemukan kebenaran Al-Quran. Indahnya TAQWA 😊
.
.
Kenapa pemakanan penting untuk mengenal Rabb atau makanan jiwa seorang mukmin?

Lagi sekali tadabbur Al-Quran. ❤️

Pentingnya mencari yang halal dan tayyib. 

Pentingnya kita meninggalkan yang syubhah lagikkan yang nyata haram.

Pentingnya mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

Kenal pasti makanan yang mana sunnah dan punah.

Fadhilat puasa menurut Islam.

Allah menekankan sumber rezeki yang halal. Allah mengharamkan riba. Allah menggalakkan kita supaya menahan nafsu.

Tanya diri sendiri.
Siapa tak nak kaya?
Siapa tak nak cantik?
Siapa tak nak sihat?

MasyaAllah, jika kita faham agama. Semuanya indah. Itu semua ukuran mata kita. Deep inside apa yang Allah suka? 😍

Berbuatlah, beramal lah dengan segala apa yang Allah suka. Tinggal segala larangan Allah. InsyaAllah.. ❤️
.
.

#Findings Dr. Rizal

Tahun 2010 banyak peristiwa menarik berlaku kat aku. Tahun nilah aku dapat masuk Channel 9 News, Canberra, dapat advanced training kat Harvard dan Univ of Pennyslvania.

.
Masa lepas habis training di Harvard, aku sambung di University of Pennsylvania. Training di makmal tidurnya. Bangunan 8 tingkat, 4 tingkat khas untuk kajian tidur.
.
4 tingkat lagi campur untuk kajian brain dan lain lain. Antara yang menarik ialah kajian berkaitan spiritual. Hasil kajian-kajian ini menarik.
.
Contohnya bila kita rapat dengan tuhan atau jadi manusia lebih sikit rasa spiritual corpus callosum kita jadi tebal. Corpus callosum ni bahasa mudahnya macam jambatan yang sambung antara dua hemisfera otak - Otak kiri dan otak kanan.
.
Yang best ialah bila dah tebal prestasi otak lebih bagus. Macam beza antara jambatan kecil satu kereta boleh lintas pada satu masa dengan jambatan ada 4 lorong. Bayangkan betapa lancarnya kereta dapat bergerak.
.
Orang yang tinggi elemen spiritual dalam diri didapati mempunyai memori yang baik. Lebih berhemah, kurang stress dan kemurungan. Mereka juga kurang resah atau anxious.
.
Ini dapatan kajian.
.
Andai mahu otak cantik. Mahu otak cerdik, rapatkan diri dengan pencipta. Cuba cubalah. 
.
#DrRizal

Comments

Popular posts from this blog

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

Assalamualaikum semua ;) Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).  Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.  Solat Subuh juga...

Pesan Bak kepada aku.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Renungan Pagi: Setetes madu jatuh di atas tanah. Datanglah seekor semut kecil, perlahan-lahan dicicipinya madu tersebut. Hmmm... manis. Lalu dia hendak pergi. Namun rasa manis madu sudah terlanjur memikat hatinya. Dia pun kembali untuk mencicipi lagi, sedikit saja. Setelah itu barulah dia akan pergi. Namun, ternyata dia merasa tak puas hanya mencicipi madu dari pinggir tetesannya. Dia fikir, kenapa tdk sekalian saja masuk & menceburkan diri agar boleh menikmati manisnya, lagi dan lagi. Maka masuklah sang semut, tepat di tengah tetesan madu. Ternyata? Badannya malah tenggelam penuh madu, kakinya lekat dengan tanah. Dan... Tentu saja tak boleh bergerak. Malang nian, dia terus seperti itu hingga akhir hayatnya. Mati dalam kubangan setetes madu. Demikianlah analogi sederhana tentang dunia & pecinta dunia, sebagaimana diperumpamakan dalam sebuah pepatah Arab : "Hakikat apa-apa dari kenikmatan dunia melainka...

Ya Allah.... Istajib Doa' ana....

Bait-bait kata yang meruntun hati... ;')