Skip to main content

Pari Tuka Bakar Ala Portugis

Econsave adalah tempat Favourite beli barang dapur ;)


Masa beli lauk kat Econsave semalam, Encik Cyberfly kepingin nak mkn ikan pari tuka. Lauk hak wajib beli tuk barang basah adalah ayam seekor. Ayam dkat Econsave dikira murah berbanding tempat lain. Harga ayam tuk semalam RM5.69 sekilo. Pernah beli dengan rekod harga RM4.60 sekilo. Untung badan dapat murah.. ;) Pastu, tembikai pon murah.. RM0.80 sekilo, pisang pon murah.. RM3.90 xsilap..selalu RM4.90. Ape lagik... Phew!!! Sebelum jadi suri rumah ni...ada aku kesah?? hahah... Sekarang RM0.10 pon kira taw!


Pisang is my favourite..and tembikai Encik Cyberfly nye favourite. To be fair and square, semua amik!


Theheh...


Skarang dh ada 2 wallet...Encik somi punya 1. Dah jd banker ye jugak... hbeg ni mcm poket Doreamon..semua nk taruk. Wallet saya bhgn coin, wallet si dia bhgn duit kertas. heheh.. lagi sodap woooo...main tarik-tarik ajerk! Tapi..tapi...Tapi... kne bgtahu laa... dokleh wat senyap gtu...Aip! ;p


Eh, lari tajuk pulak...


Ini lah rupa Pari Tuka Bakar Ala Portugis ;)




Bahan-bahan:

1 ekor pari tuka (kalau ikan lain... pastikan kelar ye!)
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
Sayur mcm kacang botol (dihiris halus) / kacang buncis pon ok ;)
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar :

4 sb cili kering kisar
2 biji buah keras 
6 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
4 batang serai 
4 hiris lengkuas 
2-3 biji cili api (Kalau nak pedas sket )
11/2 sk penuh garam (secukup rasa)
1 sb penuh gula ( kalau nk kurang manis pon takpe)

Cara cara:

Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.  Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan. 



Buah keras atau dlm bahasa omputih candlenut. Ini lah rupanya.. nedi pon baru kenal.hahha.. ;D


Buah keras


Hasil bahan yang dkisar termasuk buah keras untuk dibuat rempah. Penuh satu tupperware bulat ni.. Jadi boleh pakai 3-4 kali guna tuk rempah ikan bakar. So, xyah beli instant nye, buat sdr je! ;)





Sesi bakar pulak.... 

1. Hamparkan aluminium foil/daun pisang dalam pan yg sesuai. Lumurkan semua bhgn ikan tuka     dengan rempah. 
2. Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau purut yg telah dihiris.
3. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak.  Hidupkan api sederhana bagi pastikan ikan tuka masak dgn serata dan hindari dr hangit/ rentung di bhgn bwh. 
4. Agak- agak separa msk, baru taruk sayuran.
5. Apabila pari tuka msk, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.

Satu lagi, ikan tuka ni agak hanyir baunya... First, time siang nedi  basuh ngan perahan limau lipis. Pastu, mcm agak berbau lagi.. nedi lumur dan rendam dgn asam jawa dan sedikit air untuk seketika. 


Begitulah kekdahnye... 

Akhir sekali, perahkan limau nipis. Rasa masam sikit dan sedappp!!



Selamat mencuba!! ;)







Comments

  1. sebelum jadi bini orang, tahu makan je kan puan nedi. hahaha... nedi, buah keras tu boleh blender ke? keras orkk?

    ReplyDelete
  2. buah keras sejenis kacang thah... jd bila blend die hancur lah ;)
    zaman bujang dulu mane appreciate mknan. panda mkn je...xamik pot lasum nk watgane.
    pahtu, leni reti dhla klu nk mkn sdp, kne blajar wat sdr, jimat dan semestinya ditanggung halal dan selamat! ehhehe.. ;)

    ReplyDelete
  3. oh sejenis kacang. boleh r wat kudapan... hahaha

    ReplyDelete
  4. xrajin ag dgr org wat kudapan. thah try r lu... klu jadi sedap, wat biznes. jd pelopor.ahhaha.. ;D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fadhilat solat sunat Sebelum Fajar/ Subuh

Assalamualaikum semua ;) Nedi nak kongsikan fadhilat/ kelebihan solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).  Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.  Solat Subuh juga...

Chill and relax ✌️

I don't know what should I do rite now.. My blog is actually my heart. So it is synchronize.. My husband duk vid call dgn his colleagues over the world. One single company but sorang kat Korea, 3orang kat Rusia, sorang kat Johor.. sorang Japan include him 3orang Malay. Rezeki Allah ni unik. Alhamdulillah, no physical office as long as Ada internet connection can remote everywhere. But Yang penting skali kena siddiq,amanah, fatanah Dan tabligh. Yes, sifat wajib bagi Rasul. Sentiasa ingat Ada Mata Yang memerhatikan. Nak bagi makan anak Bini Sumber Yang halal Dan berkat. Amin... Ya Rabb. Nedi ingat nak kemaskini blog. Kalau Ada Yang mengikuti blog nedi ni, boleh Komen siket? Much ♥️ from me! Nedi.

Ke hospital Kita yuk!

Bismillah.. Assalamualaikum wbt 🥰 Alhamdulillah, baru settle makan nasik Krabi Abe.. kkiki... Lapar Benar...habis sebungkus nasik Krabi bersama rm2 jemput Pisang. Now, teman suami dekat office dekat Ladang TD 1301. Pelik siket namanya..banyak Kali ulang kasi ingat. Virtual office bayar RM100 sebulan. Nedi puasa pagi ni sebab kena ambil darah. Doctor laki tadi, lupa namanya.. quite handsome. Nanti perasan lah Tu... Hehee.. he thumbs up to me. Means good job! The positive progress maybe. Yes.. absolutely.. not maybe Nedi.. Water clear, I can manage my brain to be grassfoot. My htall and handsome husband always been there. Teman Dari awal hingga akhir. Alhamdulillah..😁✌️ Bini ambik gambar curi.. gambar umi tak syantik. Penuh jerawat kat dahi. Thank you darling.  Love you to the moon and back! 🥰